Thursday, 29 December 2016

Review buku Anak Kapal Masyarakat oleh Kolo

Okay! Review buku kedua dari Cukong Press iaitu Anak Kapal Masyarakat oleh Kolo. Buku ia kecik je. Tak besar macam Pudu tapi isinya lebih kepada ideologi tentang beberapa isu yang nampak remeh. Aku baca buku ni terus terdetik

'Pergh! Power ah budak 14 tahun dah buat buku pasal ideologi dia. Aku 14 tahun masih lagi main tiang-tiang kat sekolah.'

Ha! Power tak power budak Kolo ni. Yang bagusnya buku ni ialah ianya tak berat. Maksud berat kat sini ialah tidak membebankan fikiran pembaca dengan penulisan kau. Ada setengah penulis, suka beratkan kepala pembaca untuk memahami intipati buku tapi tidak buku AKM ni. So, thumbs up writer!!! 

Penulisan Kolo berbentuk umum. Tidak terlalu khusus untuk sesuatu isu. Sometimes, orang terlalu mementingkan apa keadaan sesuatu itu tapi tak memikirkan definisi yang sangat penting. Sampaikan, orang tak memahami langsung konsepnya sebab tak tahu definisi. Tak ada point ah beria nak sampaikan apa pendapat kita kalau definisi umum kau pun hancur. 

Definisi ni macam niat ah. Sebelum buat kerja, kau kena tetapkan niat kau. Macam tu jugak bahasan isu. Sebelum kau membahas, kau kena beritahu dulu definisinya. Baru tak terpesong. Buat masa sekarang, AKM hanya banyak bahaskan definisi umum. Maybe AKM v.2 akan dia tebarkan pendapat yang lebih mendalam. Aku tunggu AKM v.2. 

Dan satu asbab si Kolo kena sambung ialah sangat ringkas sampai aku tak sedar buku tu dah habis. Aku tak puas baca. Beria aku belek buku tu mana tahu ada mukasurat yang tersembunyi tapi ia hanya ilusi semata-mata. So, rugi ah kalau kau tak baca. Memang bagus buku ni. Lagi satu istimewanya buku ni, Kolo cuba ketengahkan isu-isu minoriti yang tak semua orang tahu pasal kewujudannya. Hebat woo! Aku pun tak mampu. Ada terma-terma yang baru aku tahu bila baca buku AKM. Nampak sangat otak aku cetek separas sungai kat kampung. 

Dengan baca buku AKM ni, aku sedar bahawa kata-kata Malique dalam lagunya tu memang betul

' Ijazah yang sebenar datangnya dari jalanan '

Maksud jalanan kat sini ialah secara informal.Melalui pengalaman. Melalui perjalanan kaki kita. Bukan semata-mata buku kat atas meja, mata yang menangkap vision (sepenuhnya) dari buku, tetapi melalui pengalamannya yang dia sendiri lalui. Hebat tak hebat bebudak jenis macam ni.

Sekarang kebanyakkan tengah berlawan tarian sotong mana lagi lembut, fesyen sapa paling hipster. Sukar nak temui anak muda yang sedang bermati-matian berlawan ideologi. Anak-anak jenis ni ialah anak-anak yang sedang mencari mutiara ilmu. Cuba untuk mengetahui terma-terma yang bagi aku yang belajar kat kolej pun tak mampu hadam dengan baik. Jangan terkejut kalau mereka-mereka ni yang akan jadi pemimpin negara. We need a leader who brave to fight ideologist with others. Bukan hanya ikut terma yang sedia ada. 

Dah! citer politikus kat blog... Kotor, kotor! Back to AKM, korang patut beli buku AKM untuk rujukan asas korang. Bijak betul cukong ni. Dia buat bentuk poket. Senang nak bawa kemana-mana. Papepun, buku ni memang hebat bagi pandangan aku. Aku suka dan berharap akan ada volume 2-nya.. So aku sertakan gambar bukunya. Korang tahukan nak carik sape kalau nak order. Haaa! Cari Cukong Press kat FB, twitter, IG hokayyy? Genitee.....





Wednesday, 28 December 2016

Seremban Zine Fest 25-12-2016

Pada 25 Disember 2016, pihak Buku Jalanan Seremban mengadakan satu festival zine. Yang menghimpunkan pengkarya-pengkarya zine serta band baru untuk menonjolkan diri di pentas seni. Sambutan ketika itu amat memuaskan. Walau hujan di petang hari namun, tidak mengecewakan. Intipati tentatif yang amat menarik dalam segi susunan yang bergilir-gilir ilmiah dan muzik. Pihak penganjur bijak menyusun agar fest ini tidak terlalu ketat dengan ilmiah. Tak caya? Aku ada sertakan gambar tentatifnya.  Fest itu berjalan dengan sempoi so yaaa! Best gilossss. Setelah tiga hari sibuk dengan jadual kuliah maka, hari ini aku telah mengumpulkan tenaga serta kesabaran yang tinggi untuk menulis review. Dengan kertas reviewnya yang hilang entah kemana, so aku akan buat review secara kasar. Maybe ada yang terperinci dan ada yang tidak terperinci. So, jangan komplen...

Gambar tentatif SZF


So aku mulakan review aku tentang band-band yang power. Kau boleh nampak antaranya semua band yang tak dikenali ramai. Sebagai contoh, Napalm band, Qistina & The JK Studio, Ayam hitam, The Castrol dan Juxtaposed. Kali ini band-band ini dihujani dengan rappers muda. Ya! Exposed dengan cara rap pulak. Sangat menarik. Memupuk minat seni rapping yang makin pupus yang pernah menjadi trending pada suatu masa dahulu. Seperti Napalm dan Ayam hitam, lebih kepada genre yang hardcore dari segi liriknya. Secara straight to the point. Sangat berani. Applause for this 2 bands *tepuk tangan*

Buat band Qistina and The JK Studio, serta The Castrol, aku cuma boleh cakap salute untuk korang sebab genre yang dibawa ialah genre yang jarang. Ala-ala folks gitu. Aku suka. The castrol menyanyi bersama hujan di balik tabirnya. Kau tak rasa terbuai ke? Nasib tak terbang je dek terbuai dengan nyanyiannya. Qistina Royy pulak seorang penyanyi bersuara serak-serak basah yang memang akan memukau sapa yang mendengarnya. Nyanyiannya tidak mati. So sangat aku berbangga, warigh den berjayoooo !

Buat Juxtaposed pulak, 5 saudara yang menjadi ahli kumpulan itu sendiri amat mewarnai petang kehujanan dengan warna-warna vibrant. Alunan muzik serta liriknya amat padu. Walau akhir yang perform tapi mereka tetap bersemangat. Paling menggoda hati apabila sang kembar itu mengalunkan bunyian seruling. Time tu, hakak dah give up beb! Hakak dah cair sepenuhnya. Nasib boleh jadi solid balik. Kalau tak, bercairan lah aku pulang ke hostel. *hiperbola melampau detected*

So selesai review aku tentang band-band yang ohsemm! Sekarang, aku review tentang teater! 

Ha? Ada teater ke?

Ada okayyy! Ingat cikai-cikai ke. Lu orang je tak turun. Rugi an? Haa padan muka awak semua *evil laugh* So mana yang tak turun tu, meyh aku cerita pandangan aku terhadap teater tu. Nak cerita sinopsisnya, aku kehilangan kertas review aku so aku cerita overall-nya ya?

Teater ni bagi aku sangat tersirat. If orang yang malas fikir, memang tak dapat tangkap apa ceritanya. Teater ni tak perlukan banyak props & manusia. Memang jimat dari segi kos tapi isi mantap. Ini membuktikan kualiti sesuatu seni itu bukan atas bahannya tapi hasilnya. So, kepada team Chermin, sila teruskan cerita ini dan spread the words. Aku sokong kalian dari belakang. Kalau dari depan, nanti aku lak yang femes *flip hairs*

So, aku alihkan pada sesi ilmiah yang dihandle oleh orang-orang hebat. Sesi yang ada ialah Skriva Trilogy oleh Zulkarnain Amor & Si Jasad, Dystopia Assembly, Corepeps, Psychotic Art Zine & Makrifat Rock and Roll, Zine Revival oleh Jorji, Irwan Skizo, Sue Emoqwin & Elham Rebel, Chapbook Jupiter oleh Egy Azira & Cerita P*ndek oleh Cech Adrea. 

Sesi ini banyak menceritakan asbab-asbab zine itu diterbitkan. Sangat berbaloi. Jualan keras terhadap zine mereka. Dalam sesi ini, banyak kita dapat tahu tentang perbezaan zine sekarang dan yang dulu. Cara terbitan serta isi sangat berbeza tetapi masih bernaung di bawah nama yang sama iaitu Zine. Hanya upgrade sahaja untuk lebih memudahkan pembaca. So, event seperti ini buka mata pembaca tentang jenis-jenis zine yang pernah wujud. Himpunan otai serta newbie sangat mebantu anak-anak muda yang baru berjinak memulakan budaya zine untuk terus melangkah dan akhirnya akan berjaya seperti sang otai-otai yang ada.

Sesi mendeklamasikan puisi juga berjalan dengan sangat lancar oleh Nana dan Egy Azira. Pergh! Takyah cakap ah! memang hebat! Berbakat semuanya. Menjadi seorang yang menulis puisi itu tidak semestinya pandai untuk mendeklamasi dan begitu juga sebaliknya. Tapi, mereka berdua telah berjaya untuk lakukan kedua-duanya. Kurnian tuhan. Syukur!

Mana yang tak turun SZF ni, memang rugi. Banyak ilmu, banyak hiburan serta banyak input positif yang kalian akan dapat. Berkenalan dengan penerbit-penerbit zine salah satu ganjaran ketika involve festival ini.Tidak sia-sia aku balik dari kolej ke Seremban untuk SZF. Melalui fest ini, aku sendiri rasa lebih semangat untuk mengkaji serta mentelaah zine-zine dalam Malaysia. Aku mula berminat untuk tahu tentang zaman kegemilangan zine *masa ini aku kecik lagi* 

Kali ini, SZF v.1 amat memuaskan hati serta mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Sampai kali ini sahaja revie aku tentang event bebaru ini. Aku tak boleh cerita lebih sebab kertas aku hilang. Aku hanya ulas secara kasar. Semestinya, review ini berbaur jujur serta amanah. Tak punya niat untuk menjaga hati. If tak best, memang aku bagitahu. Untuk baiki pada masa akan datang semata-mata. Manusia kan belajar dari kesilapan. So, sebelum aku tutup review ini, aku belanja serba sedikit gambar untuk kalian...... NANTI

Hope tidak menyesal. Adios.... 




Monday, 26 December 2016

Review Buku Pudu oleh Deni

Setelah seharian berlelah mencari sumber-sumber untuk di-reviewkan maka, telah aku memilih buku terbitan Cukong Press yang terbaru iaitu PUDU untuk dijadikan sebagai review aku. Ini semua dari pandangan aku semata-mata. Penerimaan aku terhadap buku ini adalah berbeza. Korang juga mungkin berbeza.

So, buku ini dinamakan sebagai Pudu berdasarkan kisah hidup penulis dengan tempat dia membesar. So penceritaan dia jujur. Mungkin tidak secara terperinci tapi kita akan boleh agak tentang kehidupannya dari kecik hingga 17 tahun. Penceritaan dipermulaannya tentang suasana Pudu. Bagi aku, bagus untuk orang yang tak pernah jejakkan kaki ke Kuala Lumpur. So, review kasar diberi dengan baik dan jelas. Gambaran tentang seluruh buku amat memberangsangkan. Kejujuran si penulis ini tonjolkan amat jelas. So, keep it up bro.

Aku baca buku ni dalam bas sambil dengar lagu SOG. Feel dia lagi rasa bila part lagu SOG yang tajuk Amat Mudah untuk Hanyut Dibawa Arus berkumandang. Terasa ohsem sangat. Aku nak cerita lebih-lebih pasal buku ini macam tak suprise pulak. Dalam buku ini pun ada dark sidenya so yang mana membaca buku ni, tolong bukak minda. Jangan kau tutup pulak otak kau tu. Tak memasal kau tutup periuk nasi orang pulak. Buku ini aku beli kat Seremban Zine Fest. Haa! tompek den haa. Oh sebelum tu, susunan cerita ni agak drag sikit. Kemas but drag cerita yang sama. Pasal aunty tu. Aku kalau jumpa aunty tu, aku tumbuk muka dia. Sesedap kau buli anak orang. Cerita memang berliku betul. Aku pun rasa marah (HAHAHA). Sebenarnya, aku tak puas baca lagi. Terasa kejap sangat. Aku pun rasa bengang kat semua benda sebab ceritanya kejap sangat. So, harap penulis (kalau dia baca review IKHLOS aku ni) boleh sambung buku Pudu 2. Aku tunggu.

Tak rasa rugi pun beli buku ni. Nampak je cikai tapi dalam gempak. Kau je yang suka menilai luaran. Tengok cover depan, aku agak penulis dia hensem (ehem!) Rugi ah kalau kau tak dapatkan. Review aku tak panjang sebab kalau aku buat panjang, baik aku cerita sinopsis dia. So, better kau beli sendiri buku Pudu tu dan rasa betapa power penulis ni menulis tentang kisah hidup dia. Bagi aku ah, penulis ni berani bukak pekung di dada menceritakan tentang kisah hidup hitam dia. Tapi, aku sure mesti dia ada sebab tersendiri. Pengajaran memang ada. So, beli ah buku Pudu ni kayyy?

Cara tempahan, kau boleh pergi kat Cukong Press kat FB. Kau message Cukong, kau cakap

" Bro, aku nak order buku Pudu 10 buah."

Acah sangat!

Akhir sekali, ni review first aku. Later nanti aku akan buat review yang lain. Buku yang berbeza. Thanks sebab baca! Anything suggestions, pertanyaan, ape-apelah, kau boleh emailkan surat layang kau tu kat  emilylucy20@gmail.com

Sebelum tutup tirai, aku beri gambar buku Pudu. Sebagai panduan. Kang cakap tak tahu pulak...



Cantikkan? Agak dah. Dalamnya pun cantik hiks. 

Friday, 23 December 2016

Sunyi Malam 24 Disember

Aku tahu bila malam sunyi sepi macam ini, idea mesti datang bak air yang turun ke bumi. Aku mulakan penulisan ini dengan ucapan Bismillah (untuk ambil berkat Tuhan) 

Aku nak bincangkan tentang isu Pengurusan Masa dalam Pekerjaan.

Aku ni belajar kat IPT. So aku mula tahu bahawa mahasiswa ada suara mereka yang tersendiri dan aku pasti ia amat berkuasa. Teringat aku pada satu gambar yang abang aku tunjuk waktu aku belajar Perniagaan dulu. Isunya aku takut nak ambil barang pos di Pentadbiran. (terasa bebal sangat) So, back to the topic.

Aku guna suara aku untuk beritahu tentang kebenaran pergerakkan IPT dalam bidang Pengurusan. Sebagai pihak pentadbiran, kemudahan serta kebajikan pelajar harus dijaga dengan baik. Tidak perlu sempurna cuma peka pada hal remeh (pada pandangan anda). Relevannya untuk buat pelajar berasa selesa dan yang pasti untuk memudahkan kerja mereka. Cipta suasana yang harmoni di antara pekerja dan pelajar serta pensyarah. Institusi yang baik adalah institusi yang harmoni. Kebanyakkan pengurusan mereka teruk, sangat teruk, terlampau teruk (anda pilih). Dan selalunya sama. Tak ada banyak beza pun (itupun kalau ada)

Kesusahan itu bukan saja dirasa oleh satu pihak saja tapi ia akan merebak kepada pihak yang atas sekali iaitu ibu-bapa. Nama nak gempak saje, tapi pengurusan hampeh. Jangan macam tu. Biar nama itu seiring dengan pengurusan yang baik. Harapkan nama saja, jadi awan jelah. 

Tidak salah bekerja dengan IKHLAS. Tidak perlu tunjuk lagak pada pelajar. Mereka sangat kuat. Pangkat tidak akan selalu menang tetapi suara mahasiswa akan sentiasa mengatasi. Tidak kami (para siswa) berbunyi jika tiada kesulitan besar berlaku. So, be alert to all kind of problems. Tak mustahil IPT itu menjadi IPT yang terbaik. See yaa at the next entry.

p/s : Kali ini agak slow bahasanya kerana mata tengah mendodoi suruh tidur. 

p/s (1) : Zine aku dah keluar doh! Lu orang taknak beli???   

Monday, 19 December 2016

Malam Seorang Seniman

Wahai Sang Waktu

Punya waktu untuk berkarya
Punya waktu untuk bercinta

Malam juga pilihan jiwa
Tiada apa yang dilihatnya
Cuma satu hati ketandusan seni

Pulang mana ia berasal
Pulang mana ia berkawalan

_RP