Hola!
Okay harini masuk tarikh 2 Januari 2017. Fuh ! Terasa tua aku ni beb. Dah layak mengundi nampaknya. Kena pilih bebetul ni. Masa depan negara beb kat tangan aku. HaaHaa sembang! Kau betulkan diri kau dulu. Sibuk nak mengundi. Dasar macai politik. STFU!
Topik kali ini berkaitan dengan tahun baru. Bila tahun baru, mesti berkaitan sekali dengan AZAM. Puaka sungguh azam ni. Bayangkan, kau tanam azam ni setiap tahun tapi tak tertunai pun. (maybe pernah tertunai. Itupun time kecik nak belajar tuk dapat hadiah)
So, perlu ke azam ni? Bagi aku la, perlu untuk separuh dari ketidak-perluan kau sendiri. Sebab ape aku cakap begitu. Okay, let's see the pro and cont-nya
Pro AZAM
1) Untuk tambah keyakinan diri
- Kau tanam azam so automatically kau tanam keyakinan kau. Sebab, bila kau target sesuatu benda tu mesti kau akan overcome that things. So, mana datang kekuatan kalau keyakinan kau takde. Ye tak? So itu la kebaikkannya
2) Untuk target your life straightly
-Kau kena tetapkan target kau untuk sesuatu hal. Bila kau ada target, kau nampak flow kemana target kau akan pergi. Sebagai contoh, kau target nak kahwin. So flownya kau kena work hard to produce a lots of money. Kau menabung then dah cukup, kau kahwin. Hati-hati. Ia memang nampak mudah tapi ia boleh makan diri kau balik selepas kau memungkiri sehari target kau. Hoho! habis la kau
3) Untuk self-remind
-Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk tanam azam walau tak tertunai. Biar pun tak tertunai tapi kau tanam azam. Ia buat kau still ada wawasan diri walau kau tak pernah tunai satu habuk pun. Sampai satu saat nanti, kau akan sedar sebenarnya kau ni noob sebab tak tunaikan azam kau dan start dari kesedaran diri tu, kau mulakan tunaikan azam kau yang tertunggak. Azam ni macam hutang dengan member. Member malu nak minta, kau pun bodoh taknak bayar. Bila sampai ajal kau nak mampus, baru la kau terhegeh nak tunaikan hutang. So, macam tu gak azam. Kau tunggak je azam kau tu, nanti sampai masa kau sedor sendiri yang kau berhutang dengan diri sendiri. Time tu ah kau tunaikan.
Cont AZAM
1) Leceh
-Leceh sebenarnya tanam azam ni. Yelah, kau jenis pemalas nak teruskan hidup lepas tu nak tanam azam. Bila tanam, kena tunai. Sangat leceh. So, kau memilih untuk mati je tahun ni. Yeah!
2) Ikut trend
-Malaysian suka pada benda yang menjadi trending. So, azam merupakan trending setiap tahun baru. Golongan seperti ini bukan sahaja merosakkan nama orang yang berwawasan tinggi untuk berazam, tapi merosakkan themselves. Yelah, kau dahlah noob, suka ikut trend then suka susahkan manusia lain. Sila meninggal
3) Dikutuk kalau ada azam yang merepek
-Kau kena sabar beb kalau kau ada azam yang merepek. Sebagai contoh, untuk memelayukan COCO yang sudah menjadi minah salleh celup yang sangat noob. Merepek tu biar ada relevannya. Ni merepek tah hape-hape, then kau marah. Sebagai contoh, kau berazam nak kurus tahun ni. Nampak merepek tapi relevan. So, hati-hati ah pilih azam merepek. Malaysian suka bash orang. Tak memasal viral. Baru nak menyesal jadi manusia yang rare. (KAHKAH)
So, azam ni bukan satu kewajiban. Ia hanya satu keperluan. Kau nak buat ke taknak, terpulang. Cuma, azam ini ibarat hutang. Bila hutang, wajib bayar. So fikirlah. Hidup kau, kau yang tentukan. Dah besar, takkan aku nak tentukan pulak. Yedok?
Selamat Malam semua :) Selamat Tahun Baru .... (pom pom pom) *bunyi bunga api buatan sendiri*
p/s : Zine masih ada. Nak order, pm guwaaa