Hola.
Setelah lama tidak update blog oleh kerana kesibukkan, terhad wifi serta kemalasan *of course*. Dan hari ini, kembalilah aku ke blog yang serba sunyi serta misteri. Merujuk kepada tajuk, kupasan hari ini terhadap kritikan aku secara peribadi tentang bangsa aku sendiri dan sikap 'triggered' mereka yang tak dapat dikawal.
Tidak dapat dinafikan, kita (melayu) memang banyak isu sensitif yang dapat menaikkan perasaan amarah tetapi makin lama, sikap itu makin teruk. Bagi mereka, semua benda melanggar hukum dan syara'. Setiap perbuatan kena diselangi dengan ayat-ayat quran dan hadis. Okay, tunggu dulu. Jangan melenting lagi. Aku tak cakap ia salah tetapi berpada-pada. Tak semua perbuatan kau diselangi dengan itu semua. Selagi tidak melanggar norma kehidupan then, usah melenting. Cuba amalkan sikap 'IDGAF' dalam diri. Bukan semua benda tapi certain things yang tak pernah penting pun dalam kehidupan kau. Kau senang, orang lain pun senang. Lantak dia lah nak update apa diknon oii. Tak hambik beras kat rumah kau pun *hakak emosi*.
Sikap cepat melatah bangsa melayu ni mendatangkan keburukkan yang teruk terhadap pemangsa. You know, manusia hidup dengan persepsi manusia lain. Mereka berdiri dengan itu. Jika terlalu banyak negative vibes yang kau keluarkan, orang-orang yang dapat benda itu akan bangun dengan negative vibes yang kau cetuskan. Mulalah berita cyber bully, mental abuse, dan lain-lain akan menular macam cendawan lepas hujan *peribahasa detected*. Benda ni nampak remeh tapi beri impak yang sangat besar.
Sebagai contoh yang terbaru, lagu Despacito tidak akan dibenarkan bermain dimana-mana radio lagi oleh kerana liriknya *aku baca di facebook RTM yang suruh banned lagu ni* **sahih atau tidak, wallahualam. aku cuma beri contoh** membawa maksud lucah. Okay, memang ia tak elok dari segi maknanya but what for kau nak banned? Come on, ia hanya lagu. Takkan murtad punya sebab nyanyi lagu tu. *melayu kita takut dengan murtad. Jalan sikit kalau guna kaki kiri pun takut dituduh murtad*. Baiklah. Memang tak sopan untuk menyanyikan lagu Despacito tapi jika dibandingkan lagu-lagu illuminati yang lain yang terang-terang membawa isu murtad ketengah dan sibuk nak mati sebab putus cinta tu, takde pulak jadi isu dan dibanned. Malah, dicover dan diviralkan siap hafal. Ke kena banned sebab lagu tu susah sangat korang nak cover *smirk*. Maklumlah, hakak ni insecured sikit dengan niat manusia-manusia seluruh Malaysia ni *facepalm*
p/s :
Lagu Malique yang album TKO: Pejamkan mata pun dituduh sebagai ejen Dajjal. Apehal lah Malaysia sekarang ni?
Nampak tak? Isu yang sangat remeh dijadikan alasan untuk provoke. Ketandusan kualiti terhadap permikiran rakyat berada di tangga yang sangat rendah. Dimana manusia yang cerdik pandai? Ke tanahkah atau sudah dibanned dari Malaysia? Kalau tanya aku, aku ada je kat sini *perasan*. Kalau nak tanya mana mereka tu, takkan terjawap sampai bila-bila. So, apa yang aku dapat buat sekarang ini ialah untuk menyeru semua *walau aku tahu hanya segelintir je yang akan sedar* untuk tidak terlalu melatah dalam apa-apa isu yang keluar di laman sosial sekarang atau yang akan datang. Fikir sebelum bertindak. Berotak sebelum berontak. Jangan cipta huru-hara jika huru-hara kau tu sebenarnya kosong. Setiap perkara ada jalan yang tenang. bukan denga chaos je kau jumpa jalan. Untuk entri kali ini, amat pendek disebabkan aku tidak lagi menulis *kiranya otak aku dah tumpul*. Segala komen atau bantahan boleh email aku di converselusuh20@gmail.com atau komen dibawah ini. Jangan takut nak bersuara. Suara itu senjata. Sekian. Bertemu lagi di entri akan datang.
Adios! Peace!
p/s : Selamat Hari Raya guys. Tak ada openhouse ke? Kalau ada, jemput ye?#rayakansebulanabahkau peace!
Blog yang aku buat ini untuk aku baca segala isi kepala otak serta hati aku. Come on! Support industri old-timer sikit. Semoga aku tak malu untuk mengaku blog ini aku yang punya. Kah!
Wednesday, 19 July 2017
Monday, 15 May 2017
Puisi Petikan Yang Aku Petik Tak Berbalas - ROSEPUTIH_
Petikan Yang Aku Petik Tidak Berbalas
Punya satu versi yang aku tulis
Tidak berbalas walau sebaris
Fikir aku; sudah mengadap Ilahi
Gerak aku; kebenciannya makin menebal dalam hati
Aku tahu mentari hanya terbit sekali
Malah malam berbintang cuma halus-halus hilang
Berbulan juga samar-samar pupus
Namun, bukan ghairah yang sudah kehilangan nafsu
Cuma kecewa hati seorang penunggu
Bisa haiwan juga boleh mati kesedihan
Punya satu versi yang aku tulis
Tidak langsung berbalas walau sebaris
Kapan mahu menghadap karya itu?
Aku penat menunggu.
RP // 1605 // SBN
Sunday, 14 May 2017
Di Balik Kata Malique - Pejamkan Mata
Hola ~
Mula berpusu-pusu manusia menciptakan kontroversi tentang pemergian Malique yang bertahun-tahun hilang. Malique suka membuatkan manusia berprasangka tentangnya. Sebab tu, dia tak pernah kehilangan peminat yang setia dari zaman Too Phat lagi. Isu kehilangan Malique ni dah lama tutup. Timbul balik apabila lagu-lagunya mula dipasang secara 'berhantu' dan mesej di sebalik lagunya dikatakan tentang pemberitahuan tentang keadaan dirinya sekarang. Tapi, itu semua rahsia. Hanya Tuhan serta Malique tahu akan hakikat hidupnya. Maka, manusia sekalian, silalah berprasangka lagi. Hakikatnya, tidak akan diselesaikan selagi yang masih wujud tidak tampil.
Hari ini gua akan cuba merungkaikan lagu Pejamkan Mata karya Malique ni. Sejujurnya aku mengatakan bahawa lagu ini sangat-sangat berat. Memang lagu ini sangat berkias. Orang cakap, lagu Malique ni hanya orang tassawuf je yang boleh rungkaikan. Tapi aku nak try juga, mana tahu ada kebolehan untuk merungkai (call saya jika ada kerja kosong berkaitan merungkai isi-isi kiasan).
Aku juga sediakan glosari untuk a few words yang *maybe* korang tak faham.
Kencana - Emas
Gawai - kerja, tugas, pegawai
Kedana - Miskin
Sawai - Tak sedarkan diri kerana kemasukan halus
Lembayung - Biru kemerah-merahan
Hering - Burung pemakai bangkai
Canggung - Malu-malu
Resiprokal - berbalasan (timbal balik)
Equivokal - samar-samar
Logaritma - menjadikan lebih mudah
Tafakur - termenung memikirkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh
Kantor - pejabat (bahasa indonesia)
Diktator - pemerintah mutlak
Shabab - anak muda lelaki (bahasa arab)
Kasur - memperoleh kesenangan
Masyghul - dukacita
Runsing - merisaukan
Solusi - penyelesaian
Revolusi - perubahan yang dilakukan dengan kekerasan
Lorazepam - ubat untuk anxiety disoder
Ambien - ubat untuk kawalan insomnia
Risperdal - ubat untuk skizofrenia
Afdal - lebih utama
Astral - pengaruh roh (spirit)
Dogma - kepercayaan yang harus terima tanpa mempertikaikan
Stigma - sifat atau sesuatu yang jatuhkan maruah
Pituitari- berhampiran dengan bahagian belakang (biologi)
Nirwana - dalam keadaan yang lenyap dan aman sesudah mati (amalan buddha)
Samsara - kelahiran semula (berulang tanpa henti)
So, mari kita merungkai maksud lagu ini. Sebelum apa-apa, aku tafsirkan melalui kacamata aku. Terpulang jika mahu beresetuju atau tidak, hakikatnya, ilmu itu milik Allah S.W.T
BISMILLAH~~~
Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal
Kisah rangkap ini kemungkinan bercerita tentang kisah rakyat marhaen sekarang. Rakyat yang tidak dilahirkan sebagai CEO syarikat ternama atau keluar dari ketuban terus menjadi bos besar. Ini ditegaskan di bait " Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai, Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai " So, hakikatnya orang atasan sekarang yang memijak sesuka hati orang bawahan atas alasan mereka tidak setaraf dalam segi ekonomi, pelajaran serta pangkat. Perkara ini bukan lagi perkara yang asing bagi masyarakat Melayu serta Malaysia. Sudah dididik untuk takut pada kemiskinan yang baginya tiada lagi harapan untuk berjaya. Jelas, kita sebenarnya akur pada arahan manusia yang beranggapan diri itu tuhan daripada tuhan yang sebenarnya tuhan. Kita takut untuk membentak kerana keadaan yang mendesak untuk akur. Bukan salah mereka-mereka, salah kepada sistem-sistem yang menindas tanpa sedar.
Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghul, runsing… jah
Rangkap ini pula menceritakan tentang kesinambungan rangkap pertama. Tali Leher dan Gembala yang memberi maksud kepada keakuran terhadap arahan yang menindas. Logaritma yang menghantui kepala ialah setiap kesenangan masa depan bukan melalui cara mudah. Adat untuk bersusah payah sebelum berjaya itu benar. Usah memikirkan cara mudah yang akhirnya membinasakan diri sendiri. Karektor kartun kantor dan karikatur diktator merupakan cerminan sistem pekerjaan kita. Dimana tempat kerja itu diumpamakan sebagai pejabat yang mengumpulkan kerah-kerah pekerja dan diktator ialah bos yang kita harus hadap untuk menyembahkan segala hasil kerja keras dan dia yang memilih untuk memberi kata putus samada layak atau tidak diberi upah. Yang mana, kita tiada langsung hak untuk mempertahankan HANYA AKUR! Nama-nama Asmaul Husna ini memberi maksud untuk meneliti kembali apa yang harus kita balik setelah berputus asa dengan dunia. Sekarang, zaman dimana masing-masing mengeluh dan mengeluh tapi tidak kembali padaNya.
Al-Malik -Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
Al-Qudus - Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
As-Salam - Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
Al-Mukmin - Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
Sengsara mana pun kita, Ingat! Pada Tuhan kita kembali.
Aku terdengar suara itu lagi
Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan
Rangkap ini mengisarkan tentang perubahan setiap yang salah tidak akan selesai dengan cara menulis serta berkata-kata secara lantang. Hakikatnya, setiap perubahan memerlukan langkah-langkah berani untuk mula merubah keselesaan jahat. Setiap langkah benar atau betul, pasti ada mulut-mulut yang secara sengaja membunuh dari belakang serta meragut kekuatan. Suara yang dinyatakan kemungkinan suara hati yang berbisik. Keraguan. 4 penjuru mungkin hati yang harus dihembuskan keyakinan (bersikap syumul : keseluruhan). Manusia ini bersifat lemah. Keimanan tidak seteguh istana. (Bab tassawuf ni, tak berani nak olah sangat)
Hakikatnya nirvana di sana
Di sini masih lagi samsara
Cuba tak diperhambanya dunya
Sukar tapi aku cuba
Sukar tapi aku cuba ya
Rangkap ini lebih kepada pemberitahuan tentang nirvana (iaitu alam sana) yang hakiki dan kekal yang aman (iaitu syurga) dan disini (dunia) masih lagi belum habis teroka untuk bekalan alam sana. Cuba untuk tidak menjadi hamba (baca : tunduk) pada dunia kerana buka sini tempat kita kekal tetapi alam sana (akhirat)
Akhirulkalamm ~
Fuh ! Akhir sudah pentafsiran lagu Pejamkan Mata ini. Serious talk ! Berpeluh aku menghabiskan. 3 hari (1 hari baca dan hafal, 2 hari cuba tafsirkan) seolah-olah 100 tahun untuk menghabiskan. Maaf sekiranya lari dari maksud asal. Sesungguhnya, aku hanya manusia biasa yang 'cuba' untuk mentafsirkan. Selamat membaca dan terima kasih sebab membaca. Sesungguhnya, Tuhan Maha Pemilik Ilmu. Silakan komen hujah anda jika membantah dan pandangan jika mahu aku berjaya lagi. Rujukan makna perkataan adalah SAHIH (ambil di laman web DBP ONLINE)
ADIOS~~~
p/s : Malique, stay strong bro. Love your masterpiece !

Tuesday, 4 April 2017
Gila untuk Si Gila
Entry kali ini agak menakutkan a few peoples. Including me. {serius} Topik ini actually aku tak layak bahaskan cuma aku tertarik untuk bahaskan. Ini kerana berkait juga dengan bidang aku. {sikit} Ya! Kalau tengok tajuk, mesti dah tahu pasal ape. Pasal mental atau gila. Aku baru lepas baca buku Diagnosis 4 : Delusi. Sangat membantu & sangat penuh dengan ilmu. Aku tersentak dan tetibe peluh dingin. {Ya Tuhan, lindungilah aku}
Dalam banyak tajuk yang ada, aku tertarik tentang penyakit berkaitan seks. Yes! kau ingat seks takde masalah mental. Ia ada dan ia wujud. Dan ia juga berlaku di sekeliling kita. Cuma, ape yang kita perasan, pemangsa tak akan beritahu directly to their penjaga. Dan disinilah kuasa seorang doktor psikiatri diperlukan. Bagi aku kesempatan untuk menerangkan a sexual disorder.
1) PARAPHILIAS
- kemahuan seksual yang berbeza melibatkan objek, situasi dan/atau target tertentu

- Ini bermaksud seksual yang berlaku mesti melawan norma seksual. Sebagai contoh, haiwan. Seks bersama haiwan. Nafsu terhadap haiwan. Mesti pernah dengar cerita kan? Seks bersama anjing la, kambing la, ape la. Ia bukan fetish tapi ia masalah mental yang agak mengelikan.
Di bawah tajuk PARAPHILIAS, ada a few kinds of problem yang terbabit dengan PARAPHILIAS.
1) EXHIBITIONISM
- Ini bukan bermaksud pameran ya. Ini bermaksud rangsangan seksual dengan menunjukkan kemaluan kepada orang yang tidak dikenali.
- Kes ni aku pernah alami. Sekolah rendah masa tu. Ketika latihan rumah sukan, aku berlatih sebagai supporter kat hujung padang, dan ia kawasan yang terbuka berhadapan dengan jalan besar. One guy with his motorcycle berhenti depan pagar. Aku seorang yang mudah tertanya-tanya dan aku ajak beberapa kawan perempuan untuk *skodeng* . Just nak tanya, nak jumpe sape and nak ape. *joyah be like* and guess what ! aku dah dekat kat pagar and aku nampak dia mengoncang sesuatu. YA! Dia goncang his dick ! Such an asshole ! Aku lari dan jerit " ADA PENCULIK!" but his still shaking there ! & cikgu pun buat bangang ( -,- ) after 5 mins, dia bla. So, i guess dia adalah sebahagian daripada EXHIBITIONISM & PEDOPHILIA. *harey seharian aku time tu. Malang*
2) FETISHISM
- Objek yang tak bernyawa menjadi penyebab rangsangan seksual individu secara fantasi atau kelakuannya
- Kes ini memang ada pada setiap orang {aku rasa} kalau tak semua, maybe kebanyakkan. Ia selalu berlaku kat golongan lelaki or maybe wanita juga. {tapi selalu lelaki} Menatang ni la makna fetish tu. Means, if dia fetish kat orang yang pakai baju kurung, so target dia orang perempuan yang berkurung and that time dia terangsang. Pantang nampak, stim memanjang. Fetish juga salah satu dari masalah mental ye {baru tahu} so hati-hati!
3) FROTTEURISM
- Rangsangan seksual diperoleh apabila menggsokkan organ kemaluan atau menyentuh orang yang tak kenal tanpa izin mereka.
- Kes ini yang pernah aku baca kat jepun je banyak. Kat Malaysia ni, mungkin em... (Malaysia masih aman)
4) PEDOPHILIA
- Rangsangan seksual yang melibatkan kanak-kanak pre-purberty atau belum purberty
- Kes yang tengah hangat kat Malaysia. Negara kita pernah tergempar sebentar tentang berita group telegram untuk si pedophilia menjamu mata meilhat gambar seorang anak kecik berpakaian mandi di sebuah kolam renang. Bagi aku, sangat hina perangai golongan ni. Come on! Budak pun kau tibai. Ada masalah-lah sexual kalian ni aku rasa. Better meninggal jelah. Takde ubat aku rasa. *sigh*
5) SEXUAL MASOCHISM
- Rangsangan seksual daripada fantasi atau kelakuan melibatkan individu berasa sakit atau dimalukan.
- Kes ini selalunya melibatkan wanita yang menjadi mangsa. Rakaman video sebagai contoh. Dahlah buat kerja haram lepas tu kau record untuk tujuan simpanan peribadi atau bahan untuk kengkawan. Kau dah kenapa? Woman abuse kot *backup tegar* Isu sakit pulak lebih kepada suka untuk menyakiti pasangan dalam hubungan seksual. Ia berlaku secara halal dan haram *kahwin atau zina* Penyelesaian hal ini ialah report kepada pihak yang sepatutnya. Kira macam bullying in Marriage. So, report ye jangan diamkan. Jangan lemah untuk keadilan. Selamatkan diri. You go gal !!!
*semangat*
6) SEXUAL SADISM
- Heteroseksual bermaksud normal seksual. So kes ini, melibatkan hubungan seksual yang memakai baju wanita. Entah kenapa pakaian wanita bukan lelaki. I got no answer for that. I'm sorry *lap airmata*
8) VOYEURISM
*semangat*
6) SEXUAL SADISM
- Rangsangan seksual daripada fantasi atau kelakuan melibatkan kesengsaraan terhadap orang lain
- Kes ni pula macam susah untuk aku terangkan tapi aku boleh sure benda ni jarang berlaku. kalau berlaku pun, mungkin aku yang tak tahu or tak ambil pusing. *ampun*
7) TRANSVESTIC FETHISHISM
- Rangsangan seksual (seorang lelaki heteroseksual) daripada fantasi atau kelakuan melibatkan individu memakai pakaian wanita
- Heteroseksual bermaksud normal seksual. So kes ini, melibatkan hubungan seksual yang memakai baju wanita. Entah kenapa pakaian wanita bukan lelaki. I got no answer for that. I'm sorry *lap airmata*
8) VOYEURISM
- Rangsangan seksual daripada fantasi atau kelakuan melibatkan individu memerhati mangsa tidak berpakaian atau melakukan seks.
-Okay! Kes terakhir. Kes yang sering berlaku. Berfantasi melakukan seks bersama mangsa atau scanning naked. Ha! ini sangat bahaya. Bagi aku, sangat bahaya sebab pantang nampak, berimaginasi seks dan bogel. Sangat bahaya bagi wanita kerana ancaman tidak selamat. hahaha *ini serius* Rasa insecured sangat. So, please ! Control ! Both !
In conclusion, ini adalah bahagiannya yang aku dapat dari pembacaan. Kau beli buku malas, so, aku dah tolong taipkan pepandai kau baca. Jangan amik enteng tentang masalah mental. Ia datang dari pelbagai aspek. Macam trademark buku Diagnosis 4 ni,
"SEMUA ORANG ADA PENYAKIT GILA"
So, takyah pandang hina pada mereka yang hadapi masalah mental secara terangan ni. Kau kira bersyukur Tuhan selamatkan kau. Tu pun kau bongkak lagi. Siapa yang gila sekarang ni?
Terima kasih kerana membaca. Harap memberi info yang sangat membantu. Semoga terhindar dari perkara yang tak dinginkan. Adios~
RUJUKAN:-
1) BUKU DIAGNOSIS 4 : DELUSI
2) WIKIPEDIA
Monday, 2 January 2017
Tahun Baru Tahun Lama, Azam Baru Azam Lama? Krik Krik
Hola!
Okay harini masuk tarikh 2 Januari 2017. Fuh ! Terasa tua aku ni beb. Dah layak mengundi nampaknya. Kena pilih bebetul ni. Masa depan negara beb kat tangan aku. HaaHaa sembang! Kau betulkan diri kau dulu. Sibuk nak mengundi. Dasar macai politik. STFU!
Topik kali ini berkaitan dengan tahun baru. Bila tahun baru, mesti berkaitan sekali dengan AZAM. Puaka sungguh azam ni. Bayangkan, kau tanam azam ni setiap tahun tapi tak tertunai pun. (maybe pernah tertunai. Itupun time kecik nak belajar tuk dapat hadiah)
So, perlu ke azam ni? Bagi aku la, perlu untuk separuh dari ketidak-perluan kau sendiri. Sebab ape aku cakap begitu. Okay, let's see the pro and cont-nya
Pro AZAM
1) Untuk tambah keyakinan diri
- Kau tanam azam so automatically kau tanam keyakinan kau. Sebab, bila kau target sesuatu benda tu mesti kau akan overcome that things. So, mana datang kekuatan kalau keyakinan kau takde. Ye tak? So itu la kebaikkannya
2) Untuk target your life straightly
-Kau kena tetapkan target kau untuk sesuatu hal. Bila kau ada target, kau nampak flow kemana target kau akan pergi. Sebagai contoh, kau target nak kahwin. So flownya kau kena work hard to produce a lots of money. Kau menabung then dah cukup, kau kahwin. Hati-hati. Ia memang nampak mudah tapi ia boleh makan diri kau balik selepas kau memungkiri sehari target kau. Hoho! habis la kau
3) Untuk self-remind
-Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk tanam azam walau tak tertunai. Biar pun tak tertunai tapi kau tanam azam. Ia buat kau still ada wawasan diri walau kau tak pernah tunai satu habuk pun. Sampai satu saat nanti, kau akan sedar sebenarnya kau ni noob sebab tak tunaikan azam kau dan start dari kesedaran diri tu, kau mulakan tunaikan azam kau yang tertunggak. Azam ni macam hutang dengan member. Member malu nak minta, kau pun bodoh taknak bayar. Bila sampai ajal kau nak mampus, baru la kau terhegeh nak tunaikan hutang. So, macam tu gak azam. Kau tunggak je azam kau tu, nanti sampai masa kau sedor sendiri yang kau berhutang dengan diri sendiri. Time tu ah kau tunaikan.
Cont AZAM
1) Leceh
-Leceh sebenarnya tanam azam ni. Yelah, kau jenis pemalas nak teruskan hidup lepas tu nak tanam azam. Bila tanam, kena tunai. Sangat leceh. So, kau memilih untuk mati je tahun ni. Yeah!
2) Ikut trend
-Malaysian suka pada benda yang menjadi trending. So, azam merupakan trending setiap tahun baru. Golongan seperti ini bukan sahaja merosakkan nama orang yang berwawasan tinggi untuk berazam, tapi merosakkan themselves. Yelah, kau dahlah noob, suka ikut trend then suka susahkan manusia lain. Sila meninggal
3) Dikutuk kalau ada azam yang merepek
-Kau kena sabar beb kalau kau ada azam yang merepek. Sebagai contoh, untuk memelayukan COCO yang sudah menjadi minah salleh celup yang sangat noob. Merepek tu biar ada relevannya. Ni merepek tah hape-hape, then kau marah. Sebagai contoh, kau berazam nak kurus tahun ni. Nampak merepek tapi relevan. So, hati-hati ah pilih azam merepek. Malaysian suka bash orang. Tak memasal viral. Baru nak menyesal jadi manusia yang rare. (KAHKAH)
So, azam ni bukan satu kewajiban. Ia hanya satu keperluan. Kau nak buat ke taknak, terpulang. Cuma, azam ini ibarat hutang. Bila hutang, wajib bayar. So fikirlah. Hidup kau, kau yang tentukan. Dah besar, takkan aku nak tentukan pulak. Yedok?
Selamat Malam semua :) Selamat Tahun Baru .... (pom pom pom) *bunyi bunga api buatan sendiri*
p/s : Zine masih ada. Nak order, pm guwaaa

Thursday, 29 December 2016
Review buku Anak Kapal Masyarakat oleh Kolo
Okay! Review buku kedua dari Cukong Press iaitu Anak Kapal Masyarakat oleh Kolo. Buku ia kecik je. Tak besar macam Pudu tapi isinya lebih kepada ideologi tentang beberapa isu yang nampak remeh. Aku baca buku ni terus terdetik
'Pergh! Power ah budak 14 tahun dah buat buku pasal ideologi dia. Aku 14 tahun masih lagi main tiang-tiang kat sekolah.'
Ha! Power tak power budak Kolo ni. Yang bagusnya buku ni ialah ianya tak berat. Maksud berat kat sini ialah tidak membebankan fikiran pembaca dengan penulisan kau. Ada setengah penulis, suka beratkan kepala pembaca untuk memahami intipati buku tapi tidak buku AKM ni. So, thumbs up writer!!!
Penulisan Kolo berbentuk umum. Tidak terlalu khusus untuk sesuatu isu. Sometimes, orang terlalu mementingkan apa keadaan sesuatu itu tapi tak memikirkan definisi yang sangat penting. Sampaikan, orang tak memahami langsung konsepnya sebab tak tahu definisi. Tak ada point ah beria nak sampaikan apa pendapat kita kalau definisi umum kau pun hancur.
Definisi ni macam niat ah. Sebelum buat kerja, kau kena tetapkan niat kau. Macam tu jugak bahasan isu. Sebelum kau membahas, kau kena beritahu dulu definisinya. Baru tak terpesong. Buat masa sekarang, AKM hanya banyak bahaskan definisi umum. Maybe AKM v.2 akan dia tebarkan pendapat yang lebih mendalam. Aku tunggu AKM v.2.
Dan satu asbab si Kolo kena sambung ialah sangat ringkas sampai aku tak sedar buku tu dah habis. Aku tak puas baca. Beria aku belek buku tu mana tahu ada mukasurat yang tersembunyi tapi ia hanya ilusi semata-mata. So, rugi ah kalau kau tak baca. Memang bagus buku ni. Lagi satu istimewanya buku ni, Kolo cuba ketengahkan isu-isu minoriti yang tak semua orang tahu pasal kewujudannya. Hebat woo! Aku pun tak mampu. Ada terma-terma yang baru aku tahu bila baca buku AKM. Nampak sangat otak aku cetek separas sungai kat kampung.
Dengan baca buku AKM ni, aku sedar bahawa kata-kata Malique dalam lagunya tu memang betul
' Ijazah yang sebenar datangnya dari jalanan '
Maksud jalanan kat sini ialah secara informal.Melalui pengalaman. Melalui perjalanan kaki kita. Bukan semata-mata buku kat atas meja, mata yang menangkap vision (sepenuhnya) dari buku, tetapi melalui pengalamannya yang dia sendiri lalui. Hebat tak hebat bebudak jenis macam ni.
Sekarang kebanyakkan tengah berlawan tarian sotong mana lagi lembut, fesyen sapa paling hipster. Sukar nak temui anak muda yang sedang bermati-matian berlawan ideologi. Anak-anak jenis ni ialah anak-anak yang sedang mencari mutiara ilmu. Cuba untuk mengetahui terma-terma yang bagi aku yang belajar kat kolej pun tak mampu hadam dengan baik. Jangan terkejut kalau mereka-mereka ni yang akan jadi pemimpin negara. We need a leader who brave to fight ideologist with others. Bukan hanya ikut terma yang sedia ada.
Dah! citer politikus kat blog... Kotor, kotor! Back to AKM, korang patut beli buku AKM untuk rujukan asas korang. Bijak betul cukong ni. Dia buat bentuk poket. Senang nak bawa kemana-mana. Papepun, buku ni memang hebat bagi pandangan aku. Aku suka dan berharap akan ada volume 2-nya.. So aku sertakan gambar bukunya. Korang tahukan nak carik sape kalau nak order. Haaa! Cari Cukong Press kat FB, twitter, IG hokayyy? Genitee.....
Wednesday, 28 December 2016
Seremban Zine Fest 25-12-2016
Pada 25 Disember 2016, pihak Buku Jalanan Seremban mengadakan satu festival zine. Yang menghimpunkan pengkarya-pengkarya zine serta band baru untuk menonjolkan diri di pentas seni. Sambutan ketika itu amat memuaskan. Walau hujan di petang hari namun, tidak mengecewakan. Intipati tentatif yang amat menarik dalam segi susunan yang bergilir-gilir ilmiah dan muzik. Pihak penganjur bijak menyusun agar fest ini tidak terlalu ketat dengan ilmiah. Tak caya? Aku ada sertakan gambar tentatifnya. Fest itu berjalan dengan sempoi so yaaa! Best gilossss. Setelah tiga hari sibuk dengan jadual kuliah maka, hari ini aku telah mengumpulkan tenaga serta kesabaran yang tinggi untuk menulis review. Dengan kertas reviewnya yang hilang entah kemana, so aku akan buat review secara kasar. Maybe ada yang terperinci dan ada yang tidak terperinci. So, jangan komplen...
Gambar tentatif SZF
So aku mulakan review aku tentang band-band yang power. Kau boleh nampak antaranya semua band yang tak dikenali ramai. Sebagai contoh, Napalm band, Qistina & The JK Studio, Ayam hitam, The Castrol dan Juxtaposed. Kali ini band-band ini dihujani dengan rappers muda. Ya! Exposed dengan cara rap pulak. Sangat menarik. Memupuk minat seni rapping yang makin pupus yang pernah menjadi trending pada suatu masa dahulu. Seperti Napalm dan Ayam hitam, lebih kepada genre yang hardcore dari segi liriknya. Secara straight to the point. Sangat berani. Applause for this 2 bands *tepuk tangan*
Buat band Qistina and The JK Studio, serta The Castrol, aku cuma boleh cakap salute untuk korang sebab genre yang dibawa ialah genre yang jarang. Ala-ala folks gitu. Aku suka. The castrol menyanyi bersama hujan di balik tabirnya. Kau tak rasa terbuai ke? Nasib tak terbang je dek terbuai dengan nyanyiannya. Qistina Royy pulak seorang penyanyi bersuara serak-serak basah yang memang akan memukau sapa yang mendengarnya. Nyanyiannya tidak mati. So sangat aku berbangga, warigh den berjayoooo !
Buat Juxtaposed pulak, 5 saudara yang menjadi ahli kumpulan itu sendiri amat mewarnai petang kehujanan dengan warna-warna vibrant. Alunan muzik serta liriknya amat padu. Walau akhir yang perform tapi mereka tetap bersemangat. Paling menggoda hati apabila sang kembar itu mengalunkan bunyian seruling. Time tu, hakak dah give up beb! Hakak dah cair sepenuhnya. Nasib boleh jadi solid balik. Kalau tak, bercairan lah aku pulang ke hostel. *hiperbola melampau detected*
So selesai review aku tentang band-band yang ohsemm! Sekarang, aku review tentang teater!
Ha? Ada teater ke?
Ada okayyy! Ingat cikai-cikai ke. Lu orang je tak turun. Rugi an? Haa padan muka awak semua *evil laugh* So mana yang tak turun tu, meyh aku cerita pandangan aku terhadap teater tu. Nak cerita sinopsisnya, aku kehilangan kertas review aku so aku cerita overall-nya ya?
Teater ni bagi aku sangat tersirat. If orang yang malas fikir, memang tak dapat tangkap apa ceritanya. Teater ni tak perlukan banyak props & manusia. Memang jimat dari segi kos tapi isi mantap. Ini membuktikan kualiti sesuatu seni itu bukan atas bahannya tapi hasilnya. So, kepada team Chermin, sila teruskan cerita ini dan spread the words. Aku sokong kalian dari belakang. Kalau dari depan, nanti aku lak yang femes *flip hairs*
So, aku alihkan pada sesi ilmiah yang dihandle oleh orang-orang hebat. Sesi yang ada ialah Skriva Trilogy oleh Zulkarnain Amor & Si Jasad, Dystopia Assembly, Corepeps, Psychotic Art Zine & Makrifat Rock and Roll, Zine Revival oleh Jorji, Irwan Skizo, Sue Emoqwin & Elham Rebel, Chapbook Jupiter oleh Egy Azira & Cerita P*ndek oleh Cech Adrea.
Sesi ini banyak menceritakan asbab-asbab zine itu diterbitkan. Sangat berbaloi. Jualan keras terhadap zine mereka. Dalam sesi ini, banyak kita dapat tahu tentang perbezaan zine sekarang dan yang dulu. Cara terbitan serta isi sangat berbeza tetapi masih bernaung di bawah nama yang sama iaitu Zine. Hanya upgrade sahaja untuk lebih memudahkan pembaca. So, event seperti ini buka mata pembaca tentang jenis-jenis zine yang pernah wujud. Himpunan otai serta newbie sangat mebantu anak-anak muda yang baru berjinak memulakan budaya zine untuk terus melangkah dan akhirnya akan berjaya seperti sang otai-otai yang ada.
Sesi mendeklamasikan puisi juga berjalan dengan sangat lancar oleh Nana dan Egy Azira. Pergh! Takyah cakap ah! memang hebat! Berbakat semuanya. Menjadi seorang yang menulis puisi itu tidak semestinya pandai untuk mendeklamasi dan begitu juga sebaliknya. Tapi, mereka berdua telah berjaya untuk lakukan kedua-duanya. Kurnian tuhan. Syukur!
Mana yang tak turun SZF ni, memang rugi. Banyak ilmu, banyak hiburan serta banyak input positif yang kalian akan dapat. Berkenalan dengan penerbit-penerbit zine salah satu ganjaran ketika involve festival ini.Tidak sia-sia aku balik dari kolej ke Seremban untuk SZF. Melalui fest ini, aku sendiri rasa lebih semangat untuk mengkaji serta mentelaah zine-zine dalam Malaysia. Aku mula berminat untuk tahu tentang zaman kegemilangan zine *masa ini aku kecik lagi*
Kali ini, SZF v.1 amat memuaskan hati serta mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Sampai kali ini sahaja revie aku tentang event bebaru ini. Aku tak boleh cerita lebih sebab kertas aku hilang. Aku hanya ulas secara kasar. Semestinya, review ini berbaur jujur serta amanah. Tak punya niat untuk menjaga hati. If tak best, memang aku bagitahu. Untuk baiki pada masa akan datang semata-mata. Manusia kan belajar dari kesilapan. So, sebelum aku tutup review ini, aku belanja serba sedikit gambar untuk kalian...... NANTI
Hope tidak menyesal. Adios....
Subscribe to:
Posts (Atom)