Sunday, 13 August 2017

Cabaran Seorang Penulis dan Hakikat Seorang Pembaca.

Hola~

Bertemu kita di entri yang baru. Malam yang baru. Hari ini, aku nak kongsikan apa yang aku rasa sebagai seorang penulis dan pandangan aku sebagai seorang pembaca. I guess, tak ramai yang akan baca entri ini but aku tetap akan tulis sebab aku suka menulis (instead of sekarang ni aku menaip but i still love it.) Let see what we've got here.

1) Hati yang terbuka.

Sebagai seorang penulis menerima kritikan orang serta pandangan menjatuhkan atau membangunkan itu perkara yang 'wajib' ada dan dilalui oleh setiap penulis. Tidak kira genre apa, jenis bacaan apa atau had umur berapa, still akan dikritik. Samada ia kasar ke lembut, berlapik atau tidak, sopan atau tidak, kau kena hadap dengan jiwa yang terbuka. Penulis kena ada sikap hati yang terbuka untuk terima apa sahaja bentuk kritikan. Pedih tu memang pedih beb but kau kena terima juga. If tak, stop writing for a while. Cari dulu kekuatan. Bila dah sedia, kau boleh menulis kembali. Ini sebab kau berhadapan dengan awam dan kritikan yang entah baik, entah buruk. Percaya cakap aku, bila kau dapat kritikan buruk pada kali pertama, kau memang akan rasa ;

 'Ya Tuhan, susahnya menulis. Tak sangka teruk giler penulisan aku' 

Tapi, one day kau akan berterima kasih pada orang yang menjatuhkan kau. Hey, kalau orang tak kritik, kau takkan tahu apa kelemahan kau. Sebab bila kau menulis, kau takkan rasa diri kau as pembaca. Let anonymous yang baca. Baru kritikan tu jujur. If dari diri sendiri, emmm memang sedapkan diri sendiri jelah.

2) Cabar diri sendiri dengan benda baru.

Point di atas tak semua penulis dapat buat. Ada beberapa penulis selesa dengan genre yang dia selalu buat. Maybe, belum bersedia untuk keluarkan atau kekurangan idea. Atau yang lain-lain lah. Ini penyebab yang minor pembaca mula bosan baca karya kau. Kecuali kau sentiasa bertukar plot. Tanpa segan silu aku nak mengaku, aku sangat tabik pada penulis yang tak stick hanya pada satu genre. Agak susah. Aku faham tapi apa salahnya. Kau boleh cuma kau belum bersedia. Percayalah, bila kau dah berjaya keluar dari comfort zone, kau akan rasa;

'Alahai ruginya tak cuba genre ni dulu.'

Try la ! Beat yourself der !

Sebagai seorang pembaca pula, memang ditakdirkan pembaca ini bersikap cerewet dan pengkritik tegar. Aku cakap sebab aku pun kritik dan kebanyakkan ia bersepakat bersama dengan pembaca yang lain. Cuma, aku berharap pembaca tegar ini bersikap lebih beradap. Let's move now.

1) Hargai kesusahan penulis

Tak mudah untuk penulis untuk memenuhi keinginan anda sebagai pembaca. Kau harapkan benda lain but benda lain yang jadi. Aku faham but please ! sila hargai kesusahan penulis menulis karya untuk santapan anda. Sikit-sikit kritik takpe. Kritikan membina lah jangan kau jatuhkan dia. Aku pesan je. Tapi, aku memang tak setuju buku 'parking valet ... kelakar kan' tu menang. Aku cuma tak boleh terima. Banned ah ! #hakakemosilagiguys

2) Jadi pengkritik yang jujur.

Ini tak perlu ulas. Kalian tahu apa yang dikaitkan dengan jujur.

That's all for today. Aku cuma kongsikan apa aku rasa, apa aku hadap. Memang betul, tak mudah tapi kena laluinya juga. Berat tapi cuba ringankan. Apa-apa saranan, pendapat, atau cadangan boleh email kepada aku melalui alamat email aku converselusuh20@gmail.com atau komen dibawah. Jangan takut. Suara anda ialah senjata. Maka, lepaskan saja. Bertemu lagi di entri yang akan datang.

Adios !




Wednesday, 9 August 2017

L.G.B.T - Hak atau Haktuih

Hola~

Macam biasa. Pada waktu yang tak berapa bernas ini telah aku mengambil masa untuk membuat kenyataan balas tentang isu yang berlaku beberapa jam yang lepas. Oh ya! Terima kasih bagi yang membaca post Triggered dan Melayu. Anda memang terbaik. Terima kasih kerana support aku. Aku sangat hargai even pendapat aku hanya picisan sahaja. Terima kasih guys. *once again*

Okay! Berbalik kepada isu diatas.

L.G.B.T - Hak atau Haktuih.

I guess korang mesti dah alert dengan tajuk kali ni. Ya! tepat sekali ! Tentang LGBT. Haa ramai triggered ke tu? Lek lu der. Bagi aku habiskan point aku then, baru triggered, okay? Aku tak berkesempatan untuk membalas kenyataan mereka-mereka ini kerana ia berlaku di FB. Ruang sangat terhad. So, aku memilih untuk lepaskan di blog. Ini hanya pendapat aku. Kalau setuju, maka bersetujulah. Jika tidak, boleh lah slow-slow hantar email kat aku untuk teruskan perdebatan tidak rasmi ni. *aku harap tak ada isu nak didebatkan* 

Komen yang pertama *drum rolls*


Yang pertama, aku tak nafikan LGBT ini satu barah dalam masyarakat. Berleluasa serta jijik di pandangan kita-kita. Hak yang aku maksudkan ialah hak dia sebagai manusia, hak dia sebagai rakyat, hak dia sebagai seorang yang berperasaan. Yang jijik itu pegangan mereka bukan sosok tubuh mereka. Faham maksud aku? Tak faham ke? Okay takpe. Aku ada banyak masa untuk terangkan. LGBT is still a human. So treat them as a human. Mereka ada hak untuk berkawan, bekerja, berkahwin (bukan secara songsang), bersosial, berdemo, mengundi dan sbgnya. Isu yang pernah timbul, pihak LGBT disekat hak asasi mereka. Nak tahu kenapa mereka berdemo? Bukan sebab dia nak sangat LGBT ni dibenarkan. Cuma mereka nak rasa sebagai seorang manusia yang bebas ber-hak asasi. They need their life. They need to be free. Bila mentaliti kau pahatkan as LGBT harus dihapuskan. Baik! Silakan! Hapuskan! Semua LGBT dalam Malaysia ini dengan kepala kau yang suka judge orang, sarcasm macam tahi dan kata-kata kalian yang kejap boleh pakai, kejap tidak boleh pakai. Kalian tak boleh buat sebab kalian tak tahu cara yang betul. Zaman bila tah main sarcasm cam tahi. Sila meninggal. Bercakap dengan budak LGBT bukan pakai agama der. Pakai fakta der. Kau pakai agama, memang kena hentam balik. Cakap pasal agama, sendiri pun bersimpang-siur. *ayat paling diminati ramai orang jika ditegur tentang agama* *triggered guys* Biar pun mereka LGBT, mereka masih lagi manusia, hamba tuhan serta beragama. Hidayah milik semua. Cuma pintu hati mereka je tak terbuka lagi. Maybe, bila dah penat mengunyit, mereka akan sedar bahawa yang belakang tidak seronok jika dibandingkan yang di depan. Dapat tambah bilangan umat der. Bagi yang atheist pulak? Haa yang itu terakhir sekali aku akan bebelkan. Kita gerak kepada point yang kedua.


Yang ni aku kena baca berulang kali. Ayat "anggap apa yang ditegah agama itu melanggar hak asasi" 

Disini, hak asasi dalam perlembagaan persekutuan bersifat universal. Ditegah agama pula specific terhadap sesuatu agama *dalam kes ni, islam* Aku percaya tuhan aku iaitu Allah maha Satu. Aku juga berpegang bahawa hak asasi layak untuk semua manusia. Ya! LGBT pun. Kau fahamkan konsep dia. Soalan yang paling penting untuk kau. Kau tahu apa maksud hak asasi ? Dan hak asasi dalam perlembagaan persekutuan ? Kau faham ? Kau hadam ? Kalau tak, sila baca atau sila masuk kelas undang-undang. Baru kau akan nampak apa yang aku bebelkan ni. Aku tak menyokong perbuatan dia sebagai seorang LGBT but aku sokong perbuatan dia sebagai seorang manusia. Faham konsep ni ? Sila email saya jika tersekat. OK! Move to point 3.


Hak sebagai seorang manusia dalam perlembagaan persekutuan. Malas hurai! sebab dah penat nak menaip benda sama. Tolaklah perbuatan mereka, tapi bukan HAK ASASI mereka. okay next !


Ni aku setuju. So, kau boleh faham konsep aku cuba sampaikan. Tapi malangnya, kau sendiri tak faham isu sekarang bahawa golongan ini disekat HAK ASASI mereka kerana mereka seorang LGBT. Kau LGBT? Huh! Kau tak layak dapat semua kemudahan, semua kesenangan seperti kami ; manusia normal. Sila meninggal LGBT. Okay! itu kata-kata kau yang otak kau sedang berpendapat. Aku sekarang ni memperjuangkan tentang hak asasi mereka yang disekat. Haih! Why Malaysian? You are so complicated as hell. Next !


Undang-undang islam ? Maybe akan datang but now kita masih demokrasi dan bersikap universal. Kalau kau belajar Siyasah, kau akan faham konsep negara-negara islam. Hak asasi seorang manusia banyak doh. Kahwin secara normal, berkerja, bermedia sosial, bersosial dan macam-macam. Hubungan luar tabii. Ada pendapat ulama mengatakan dalam perkahwinan dibolehkan untuk bersetubuh dengan apa cara sekalipun. (Jangan tanya! Aku tak arif but nak kata haram. Bro! Lancap haram) Cerita diskriminasi ni berlaku sebenarnya antara individu dengan individu. Kalau masyarakat, kau ingat kau famous ?

Itu pendapat aku terhadap komen-komen mereka. Aku terima pendapat mereka dan aku dengar. Tolong jangan tunding jari dengan mengatakan aku seorang atheist ye. Aku masih beragama. Soal atheist. Mereka tidak terbuka lagi pintu hati. Hidayah duk depan pintu. Mereka sedang mencari identiti agama. Kau jangan nak cakap seolah-olah kau sempurna. Syukur Tuhan masih pegang hati kau untuk tak berpaling pada agama walaupun kau punya dosa bertimbun-timbun. Tuhan uji mereka dengan ujian berat macam tu. Kau diam-diam sudah. Dan satu lagi, atheist takkan mengajak kau untuk masuk kepercayaan atheist mereka. So, jangan risau. Kalau kau ada kawan atheist. Ataupun, tak payah lah berkawan dengan atheist. Kau kan cepat triggered *opss*

Sekian dari aku. Topik kali ini agak berat sebab aku menyampah tengok komen acah-acah pandai tapi hakikat tertutup. Bergaul lebih sikit dengan manusia yang lain dari kita. Baru kau faham erti hidup. Aku tak cakap aku banyak berkawan dengan orang yang 'lain'. Cuma, kau ada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara, akal untuk berfikir dan hati serta iman untuk menetapkan sesuatu yang Hak. Itu yang buat aku berani untuk berkata-kata. Macam biasa, segala komen, pandangan, saranan, bantahan, debatan boleh dilakukan dengan komen dibawah atau email kepada aku di alamat converselusuh20@gmail.com. Aku harap tiada yang terasa, tiada yang panas hati atau yang menuduh. Itu hanya pendapat aku sebagai seorang manusia. Taknak terima takpe, tapi sekurang-kurangnya dengar. Bertemu di entri akan datang.

Adios ! 

p/s : Niat nak jual zine balik. Sila support !