Sunday, 13 August 2017

Cabaran Seorang Penulis dan Hakikat Seorang Pembaca.

Hola~

Bertemu kita di entri yang baru. Malam yang baru. Hari ini, aku nak kongsikan apa yang aku rasa sebagai seorang penulis dan pandangan aku sebagai seorang pembaca. I guess, tak ramai yang akan baca entri ini but aku tetap akan tulis sebab aku suka menulis (instead of sekarang ni aku menaip but i still love it.) Let see what we've got here.

1) Hati yang terbuka.

Sebagai seorang penulis menerima kritikan orang serta pandangan menjatuhkan atau membangunkan itu perkara yang 'wajib' ada dan dilalui oleh setiap penulis. Tidak kira genre apa, jenis bacaan apa atau had umur berapa, still akan dikritik. Samada ia kasar ke lembut, berlapik atau tidak, sopan atau tidak, kau kena hadap dengan jiwa yang terbuka. Penulis kena ada sikap hati yang terbuka untuk terima apa sahaja bentuk kritikan. Pedih tu memang pedih beb but kau kena terima juga. If tak, stop writing for a while. Cari dulu kekuatan. Bila dah sedia, kau boleh menulis kembali. Ini sebab kau berhadapan dengan awam dan kritikan yang entah baik, entah buruk. Percaya cakap aku, bila kau dapat kritikan buruk pada kali pertama, kau memang akan rasa ;

 'Ya Tuhan, susahnya menulis. Tak sangka teruk giler penulisan aku' 

Tapi, one day kau akan berterima kasih pada orang yang menjatuhkan kau. Hey, kalau orang tak kritik, kau takkan tahu apa kelemahan kau. Sebab bila kau menulis, kau takkan rasa diri kau as pembaca. Let anonymous yang baca. Baru kritikan tu jujur. If dari diri sendiri, emmm memang sedapkan diri sendiri jelah.

2) Cabar diri sendiri dengan benda baru.

Point di atas tak semua penulis dapat buat. Ada beberapa penulis selesa dengan genre yang dia selalu buat. Maybe, belum bersedia untuk keluarkan atau kekurangan idea. Atau yang lain-lain lah. Ini penyebab yang minor pembaca mula bosan baca karya kau. Kecuali kau sentiasa bertukar plot. Tanpa segan silu aku nak mengaku, aku sangat tabik pada penulis yang tak stick hanya pada satu genre. Agak susah. Aku faham tapi apa salahnya. Kau boleh cuma kau belum bersedia. Percayalah, bila kau dah berjaya keluar dari comfort zone, kau akan rasa;

'Alahai ruginya tak cuba genre ni dulu.'

Try la ! Beat yourself der !

Sebagai seorang pembaca pula, memang ditakdirkan pembaca ini bersikap cerewet dan pengkritik tegar. Aku cakap sebab aku pun kritik dan kebanyakkan ia bersepakat bersama dengan pembaca yang lain. Cuma, aku berharap pembaca tegar ini bersikap lebih beradap. Let's move now.

1) Hargai kesusahan penulis

Tak mudah untuk penulis untuk memenuhi keinginan anda sebagai pembaca. Kau harapkan benda lain but benda lain yang jadi. Aku faham but please ! sila hargai kesusahan penulis menulis karya untuk santapan anda. Sikit-sikit kritik takpe. Kritikan membina lah jangan kau jatuhkan dia. Aku pesan je. Tapi, aku memang tak setuju buku 'parking valet ... kelakar kan' tu menang. Aku cuma tak boleh terima. Banned ah ! #hakakemosilagiguys

2) Jadi pengkritik yang jujur.

Ini tak perlu ulas. Kalian tahu apa yang dikaitkan dengan jujur.

That's all for today. Aku cuma kongsikan apa aku rasa, apa aku hadap. Memang betul, tak mudah tapi kena laluinya juga. Berat tapi cuba ringankan. Apa-apa saranan, pendapat, atau cadangan boleh email kepada aku melalui alamat email aku converselusuh20@gmail.com atau komen dibawah. Jangan takut. Suara anda ialah senjata. Maka, lepaskan saja. Bertemu lagi di entri yang akan datang.

Adios !




No comments:

Post a Comment