Petikan Yang Aku Petik Tidak Berbalas
Punya satu versi yang aku tulis
Tidak berbalas walau sebaris
Fikir aku; sudah mengadap Ilahi
Gerak aku; kebenciannya makin menebal dalam hati
Aku tahu mentari hanya terbit sekali
Malah malam berbintang cuma halus-halus hilang
Berbulan juga samar-samar pupus
Namun, bukan ghairah yang sudah kehilangan nafsu
Cuma kecewa hati seorang penunggu
Bisa haiwan juga boleh mati kesedihan
Punya satu versi yang aku tulis
Tidak langsung berbalas walau sebaris
Kapan mahu menghadap karya itu?
Aku penat menunggu.
RP // 1605 // SBN
No comments:
Post a Comment