Wednesday, 19 July 2017

Triggered dan Melayu *sigh*

Hola.

Setelah lama tidak update blog oleh kerana kesibukkan, terhad wifi serta kemalasan *of course*. Dan hari ini, kembalilah aku ke blog yang serba sunyi serta misteri. Merujuk kepada tajuk, kupasan hari ini terhadap kritikan aku secara peribadi tentang bangsa aku sendiri dan sikap 'triggered' mereka yang tak dapat dikawal.

Tidak dapat dinafikan, kita (melayu) memang banyak isu sensitif yang dapat menaikkan perasaan amarah tetapi makin lama, sikap itu makin teruk. Bagi mereka, semua benda melanggar hukum dan syara'. Setiap perbuatan kena diselangi dengan ayat-ayat quran dan hadis. Okay, tunggu dulu. Jangan melenting lagi. Aku tak cakap ia salah tetapi berpada-pada. Tak semua perbuatan kau diselangi dengan itu semua. Selagi tidak melanggar norma kehidupan then, usah melenting. Cuba amalkan sikap 'IDGAF' dalam diri. Bukan semua benda tapi certain things yang tak pernah penting pun dalam kehidupan kau. Kau senang, orang lain pun senang. Lantak dia lah nak update apa diknon oii. Tak hambik beras kat rumah kau pun *hakak emosi*.

Sikap cepat melatah bangsa melayu ni mendatangkan keburukkan yang teruk terhadap pemangsa. You know, manusia hidup dengan persepsi manusia lain. Mereka berdiri dengan itu. Jika terlalu banyak negative vibes yang kau keluarkan, orang-orang yang dapat benda itu akan bangun dengan negative vibes yang kau cetuskan. Mulalah berita cyber bully, mental abuse, dan lain-lain akan menular macam cendawan lepas hujan *peribahasa detected*. Benda ni nampak remeh tapi beri impak yang sangat besar.

Sebagai contoh yang terbaru, lagu Despacito tidak akan dibenarkan bermain dimana-mana radio lagi oleh kerana liriknya *aku baca di facebook RTM yang suruh banned lagu ni* **sahih atau tidak, wallahualam. aku cuma beri contoh** membawa maksud lucah. Okay, memang ia tak elok dari segi maknanya but what for kau nak banned? Come on, ia hanya lagu. Takkan murtad punya sebab nyanyi lagu tu. *melayu kita takut dengan murtad. Jalan sikit kalau guna kaki kiri pun takut dituduh murtad*. Baiklah. Memang tak sopan untuk menyanyikan lagu Despacito tapi jika dibandingkan lagu-lagu illuminati yang lain yang terang-terang membawa isu murtad ketengah dan sibuk nak mati sebab putus cinta tu, takde pulak jadi isu dan dibanned. Malah, dicover dan diviralkan siap hafal. Ke kena banned sebab lagu tu susah sangat korang nak cover *smirk*. Maklumlah, hakak ni insecured sikit dengan niat manusia-manusia seluruh Malaysia ni *facepalm*

p/s :
Lagu Malique yang album TKO: Pejamkan mata pun dituduh sebagai ejen Dajjal. Apehal lah Malaysia sekarang ni?

Nampak tak? Isu yang sangat remeh dijadikan alasan untuk provoke. Ketandusan kualiti terhadap permikiran rakyat  berada di tangga yang sangat rendah. Dimana manusia yang cerdik pandai? Ke tanahkah atau sudah dibanned dari Malaysia? Kalau tanya aku, aku ada je kat sini *perasan*. Kalau nak tanya mana mereka tu, takkan terjawap sampai bila-bila. So, apa yang aku dapat buat sekarang ini ialah untuk menyeru semua *walau aku tahu hanya segelintir je yang akan sedar* untuk tidak terlalu melatah dalam apa-apa isu yang keluar di laman sosial sekarang atau yang akan datang. Fikir sebelum bertindak. Berotak sebelum berontak. Jangan cipta huru-hara jika huru-hara kau tu sebenarnya kosong. Setiap perkara ada jalan yang tenang. bukan denga chaos je kau jumpa jalan. Untuk entri kali ini, amat pendek disebabkan aku tidak lagi menulis *kiranya otak aku dah tumpul*. Segala komen atau bantahan boleh email aku di converselusuh20@gmail.com atau komen dibawah ini. Jangan takut nak bersuara. Suara itu senjata. Sekian. Bertemu lagi di entri akan datang.

Adios! Peace!

p/s : Selamat Hari Raya guys. Tak ada openhouse ke? Kalau ada, jemput ye?#rayakansebulanabahkau peace!

No comments:

Post a Comment