Holla guys...
Setelah sekian lama tak update blog dan dalam masa yang sama aku mengumpul bahan untuk dibahaskan. Well. time flies guys. Memang tak terasa berlalu pun. Penat juga aku mengumpul bahan tapi end up aku ambil point yang terjadi pada pagi tadi (sebab aku menulis ini time tengahari)
So let's begin.
Tajuk kali ini tentang "Tangan bergerak, Mulut Terbuka - Adat atau Trend"
Ya ! Tentang manusia yang berada di sektor pekerjaan. Khususnya yang membabitkan diri dengan orang luar.
Sebelum nasihat diberikan, maka biarlah aku bercerita serba sedikit apa yang jadi. Nanti tak faham, korang tanya balik, ape halnya, kan ?
Dijadikan sebuah cerita, aku telefon satu sektor kerajaan atau awam ( *cough* yang hantar surat tu) untuk menanyakan status penghantaran serta tanya kenapa tak sampai lagi sedangkan dah lama aku hantar. belum sempat aku bercerita (sebab tengah berkerja time tu) dia memotong cakap aku dan minta tracking number. Aku bagi dan terus menunggu. Tak ku sangka, tak ku duga bahawa seorang wanita kepochi tadi mengumpat aku dengan member sebelahnya. aku hanya senyum (reaksi dalaman : nak sembur). Terang nak mampus mengumpat aku. Lepas dia bagitahu segalanya, aku pun terus cakap terima kasih dan TERsembur "Lain kali nak mengumpat, mute call dulu" then terus aku
end call. sekian ~
Berbalik pada tajuk, aku terkedu sebab dah 2017 masih lagi mengekalkan adat yang negatif ini. Aku tahu betapa penatnya korang bekerja, betapa ramai pelanggan korang, sesaknya manusia datang menyerbu dan pelbagai kerenah yang korang kena hadap. Tapi, bukan bermakna untuk kau melanggar adab as manusia, adab bekerja serta panduan kalian. Nak mengumpat boleh, tapi tak bermakna untuk kau mengumpat depan-depan. Terguris hati mak, dik.
Jangan biasakan diri untuk berterus terang dalam APA JUA keadaan. Pilih situasi dan setelkan secara aman. Elakkan merelakan diri untuk didendamkan. Dalam hal ini, aku maafkan (sebab tadi dah maki dia). Buat kerja dengan ikhlas itu memang susah but latih diri untuk ikhlaskan demi menjaga rezeki yang bakal masuk perut kau, perut anak kau, perut suami kau, perut mak ayah kau. Kena jaga semua tu. Aku berharap aku mampu menahan sabar tapi buat masa sekarang, aku bekerja menghadap ramai orang memang aku menahan agar tak meletus. Dan aku berjaya.
So, itu saja untuk entri kali ini. Aku cuma berharap agar kalian buka mata dan buka hati untuk lihat betapa besarnya IKHLAS dalam kehidupan. |Segala komen, cadangan, nasihat atau apa saja boleh usulkan kepada aku melalui comment atau emailkan kepada aku beralamatkan converselusuh20@gmail.com. Kalau kakak yang mengumpat aku nak buat permohonan maaf pun boleh. Taknak pun boleh. Aku halalkan je. Semoga bertemu kembali guys. Adios ~
p/s : Zine Karut masih dijual dengan harga 5 hengget saja guys. Segala permintaan email saja, ya?
p/s/s : Zine kedua masih dalam pembikinan.
p/s/s/s : Ada yang nak sedekahkan HP ? Hp titew rosakk lol.
No comments:
Post a Comment